September 14th, 2008

Jom Kumpul Duit Raya!

Sedar tak sedar..syok sangat berpuasa, rupa-rupanya sudah hampir separuh bulan kita mengerjakan ibadah puasa. Pada waktu inilah saya lihat ramai yang semakin meningkatkan usaha mengumpul duit untuk raya termasuklah pak cik tukang repair kasut di kaki lima kedai yang saya lihat semalam telah menjual beberapa stokin sebagai tambahan pendapatan, menjerit pada orang ramai yang lalu lalang, “stokin, stokin, harga lelong untuk hari ini, malam ni saya sudah nak terbang ke Indonesia!”. Penjualan kuih raya pun semakin meningkat, banyak betul sample kuih raya yang diedarkan. Kalau dikumpul nih, tak payah beli kuih raya pun takpe sebab sampel-sampel kuih yang saya dapat pun dh cukup banyak :D

Saya pasti anda pun sedang berusaha mengumpul duit raya. Sebagai tambahan sampingan apa kata anda cuba beberapa offer oleh beberapa ahli wangcyber.com:

1.  US$0.10 untuk setiap post di Cakap.net

Anda akan dibayar US$0.10 atau RM0.34++ untuk setiap pos yang anda buat di forum komuniti di Cakap.net. Simple bukan! kalau anda buat 10 pos, anda telah dapat RMRM3.40++.  Namun anda perlu mempunyai akaun paypal bagi menerima bayaran. Tempoh sah tawaran ialah daripada 08.09.2008 hingga 30.09.2008 menjelang hari raya nanti.

Klik sini untuk baca syarat-syarat dan baca beberapa orang telah mendapat bayaran.

2. 10 sen Untuk Setiap Komen di Vo0.net

Terbuka hanya kepada warga Wangcyber.com. Anda akan dibayar 0.10 sen untuk setiap komen yang anda buat di Vo0.net. Tarikh tamat offer ini ialah 21 Ramadhan 1429H.  Pembayaran ialah melalui Maybank, CIMB, dan Paypal. Komenlah banyak-banyak..

Klik sini untuk keterangan lanjut.

3. Selain itu jika anda mahir mendesign, boleh cuba mencipta logo baru bagi WanitaNiaga.com.

Berikut adalah hadiah untuk pemenang :

i) Pemenang Pertama
a ~ Wang tunai bernilai RM 100
b ~ Pakej Kedai Online ~ Pakej Standard bernilai RM 100

ii) 5 Pemenang Hadiah Saguhati
a ~ Pakej Kedai Online ~ Pakej Minima bernilai RM 50

Klik sini untuk keterangan lanjut.

4. Aku dan Ramadhan contest

Anda juga boleh mencuba Ramadhan contest yang dianjurkan oleh saudara Nuaeman. Anda hanya perlu menulis karangan bertajuk “Aku dan Ramadhan” dengan minimum 350 patah perkataan di entry blog sendiri. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Sabtu  27 September 2008 bersamaan 27 Ramadhan 1429H.

Klik sini untuk mengetahui cara penyertaan dan hadiah yang bakal dimenangi.

Ok, mudah sahaja mengumpul duit untuk raya kan? Bertindaklah sekarang!

Subscribe Pos:

Anda boleh mendapat pos-pos terkini dari Syoksyok.com secara percuma terus ke emel anda dengan lebih maklumat mengenai grafik, tip-tip, hiburan dan informasi.

Isikan email anda dibawah:

3 Responses to “Jom Kumpul Duit Raya!”

muhafis says:
September 14th, 2008 at 4:10 am

thanx sebab bagi jalan cara nak bagik duit rayer.. heheh..

nuaeman says:
September 14th, 2008 at 12:16 pm

Terima kasih banyak kerana tolong promosikan.. Jazakallah.. :)

tunepal says:
September 30th, 2008 at 10:55 am

dah terlepas nak join tu semua. sok dah nak raya nih..

Leave a Reply

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti