October 19th, 2008

Memperkenalkan..Buah Hati Saya

Saya ada 3 buah hati yang sentiasa menceriakan hidup saya. Bila tension je, tengok muka dorang ni mesti hilang segala kekusutan jiwa. Comel, manja, masing-masing ada personaliti yang menarik perhatian saya. Perkenalkan…

1. Tobby - Si abang

Saya bela Tobby dari kecil lagi dalam umurnya 2 bulan apabila dia tersesat jalan masuk ke kawasan rumah saya sambil mengiau-ngiau kelaparan. Sebelum ni saya dah nampak kucing kecil ni berkeliaran sorang-sorang dan tidur di bawah kereta sambil mukanya mencium jalan. Tapi tak terfikir pula nak bela. Jadi apabila anak kucing ni tersesat masuk ke laman tuan rumah yang sememangnya suka sangat nak bela kucing, saya pun kasila makan. Selepas makan dia boleh main-main lak dengan saya, main tangkap-tangkap kaki sambil menunjuk kecomelannya tuh. Hati mana yang tak terpikat dengan kecomelan anak kucing ni. Jadi secara rasminya saya telah mengambil anak kucing sebagai haiwan peliharaan saya yang pertama  dan memberi nama tobby (nama pelakon Spiderman). Sepanjang pembesaran Tobby, dia menghadapi banyak rintangan. Saya sedar ramai yang tidak suka kucing lagi-lagi kucing yang dibela di dalam rumah. Ada yang tidak suka kerana bulu kucing berterbangan, bau tahi kucinglah dan sebagainya. Tapi saya peduli apa, memang saya suka…tapi bagi menghormati orang lain, tobby terpaksa saya kurung di bilik. Selama setahun Tobby membesar di dalam bilik saya. Apa yang saya buat semua tobby tengok hingga perangainya pun seperti manusia. Sekarang saya dah ada rumah sendiri, maka selepas setahun barulah Tobby dapat bebas berlari-lari dalam rumah. Sekarang umur Tobby setahun lebih…mak aii..makin gemuk saya tengok..Skill dia ialah jadi cicak hunter..dia tangkap cicak dan bunuh dengan duduk atas cicak tu sampai cicak lemas. Seterusnya tuannya lah yang kena buang bangkai cicak.

kucing

2. Mitchie - Si adik

Mitchie ialah kucing betina. Asalnya dari belakang kedai runcit mamak. Jadi saya anggap dia ni kucing India :) Saya ambil Mitchie kecil lagi sewaktu dia berumur 2 bulan. Tujuannya nak kasi kawan si Tobby, sebab kesian Tobby keseorangan. Sekarang Umurnya sudah mencecah 5 bulan dan menjadi best friend si Tobby setiap masa. Tapi jangan main-main walaupun betina, nakalnya mengalahkan si Tobby. Semua tempat dia mahu panjat dan terjun. Permainan kegemarannya ialah ‘Throw and catch’..saya baling gelung getah..dan dia akan pergi tangkap dan membawanya semula kepada saya…

kucing2

3. Yellow - Si Macho

Kucing ni pulak adalah salah satu kucing yang saya selamatkan dari kedai kucing. Dengan harga RM500 saya telah beli kucing mix local persian ini kerana saya tidak tahan melihat kucing-kucing berhimpit-himpit dalam sangkar yang kecil. Sewaktu saya membawanya pulang, Yellow menghadapi masalah kesihatan dan dengan kutu yang banyak. Lama jugak saya bawa ulang-alik ke Vet, akhirnya Alhamdulillah makin sihat dan makin gemuk. Sekarang umurnya ialah lebih kurang si Mitchie dan insyaAllah sampai masanya saya nak kahwinkan mitchie dengan yellow haha..suke2 hati je..

kucing3

Walaupun mereka hanyalah kucing, tapi mereka telah menjadi sebahagian dari hidup saya.  Entahla…setiap kali saya tengok dorang ni macam ada sesuatu, sesuatu perasaan yang istimewa timbul. Sesetengah orang mungkin berkata buang masa membela kucing ni, ada juga yang hanya bela dengan memberi makan tapi lepas itu dibiarkan berkeliaran di luar rumah. Tapi saya lebih suka mereka di dalam rumah lagi-lagi dengan keadaan sekarang di mana sampah sarap merata-rata kadang-kadang ada kucing yang mati kerana termakan racun dan sebagainya. Lebih baik saya menjaga mereka dengan baik-baik, sediakan taman permainan mereka sendiri dan beri mereka makan dengan makanan yang berkhasiat. Pasir buangan najis mereka juga saya sediakan agar mereka tidak membuang najis di merata-rata tempat dan setiap masa, saya akan pastikan mereka sihat dengan membawa mereka berjumpa dengan Dr. Vet. Saya habiskan beratus-ratus hanya berbelanja makanan dan keperluan kucing-kucing ini agar mereka dapat hidup dengan selesa.

Tapi cukup tiga ekor kucing sahaja. Kalau ada pun biarlah hasil kacukan antara dorang ni…Fuh nak jaga 3 tiga ekor ni pun dah macam jaga budak.

Bagi peminat kucing, nak info-info tertentu boleh melawat forum Kitten.Com.My. Nak tanya maklumat, tanya je di forum tu, dari perkara kecil hingga perkara besar mengenai kucing sebab semua peminat kucing berkumpul di sana. Nak tanya mana rumah sewa yang membenarkan kucing dipelihara pun boleh.

Subscribe Pos:

Anda boleh mendapat pos-pos terkini dari Syoksyok.com secara percuma terus ke emel anda dengan lebih maklumat mengenai grafik, tip-tip, hiburan dan informasi.

Isikan email anda dibawah:

20 Responses to “Memperkenalkan..Buah Hati Saya”

secret says:
October 19th, 2008 at 7:53 am

heheheheee .peminat kucing rupanye. Ingatkan siapa lah …………..

pakteh says:
October 19th, 2008 at 10:57 am

Saya juga suka kucing, tapi malangnya saya alah pada bulu kucing. Anak saya yg berusia 4 th juga suka kucing. pantang tengok kucing mesti nak pegang. tapi saya tak kasi sebab dia pun macam saya alah pada bulu kucing…

Sayangilah kucing…

ghuftrade says:
October 19th, 2008 at 11:08 am

Ni leh jadi mcm sahabat nabi Abu Hurairah (bapa kucing) di beri gelaran tuh krn suka sgt bela kucing…camni laa sy bagi gelaran kt luvlee Ummi Hurairah ok x?

Dan jgn lupe bg mkn minum kt kucing tuh tau..tringat plak sirah nabi yg mention sorg tuh masuk syurga krn bagi minum kt anjing yg lapar.Renung2kanlah.

Serina says:
October 19th, 2008 at 3:41 pm

wonderfull hobby.. I’m also interested with cat & i have 5 siam cat in my home. I really love it..

Nurul @ Luvleey says:
October 19th, 2008 at 4:03 pm
@pakteh: memang betul pun, ada yang suka kucing tapi alah. Tu memang kes kena jauh dari haiwan2 yang berbulu.

@ghuftrade: hehe..time kasih, tapi memang betul pun Abu Hurairah suka sgt pada kucing hingga nak ke masjid pun dalam koceknya mesti ada anak kucing. Nabi Muhamaad saw pun sanggup potong baju solat yang ditidur oleh anak kucing supaya anak kucing tak terganggu tidurnya.Bak kata pakteh, sayangilah kucing.

@serina: 5 siam cats? They must be adorable! Yes, it’s wonderfull to have cats in your home and as your pets.

reddebt says:
October 19th, 2008 at 4:41 pm

uiks..tak gaduh ke bertiga tu??

WaidaKmy says:
October 20th, 2008 at 1:00 am

Seronok tengok orang bela kucing, malangnya tak bole bela sebab family alah bulu kucing (lelah). Ikan ada lah hehe.

Mesti rumah Luvlee tak banyak cicak dah..dah ada official cicak hunter :P

Raja Kamil says:
October 20th, 2008 at 3:48 am

Cool, minat kat kucing macam anak saya :D

taza says:
October 20th, 2008 at 3:53 am

Seronok gak lama dah saya tak bela kucing sejak kahwin wife saya alergic ngan kucing…saya memang tak tahan tgk kucing yang comel comel nih

samdaddycool says:
October 20th, 2008 at 4:07 am

mak aiiii.. pasang 3!

smartzul says:
October 20th, 2008 at 11:49 am

Kita sama lah Nurul. Peminat sejati kucing.

Ibu kucing yg saya pelihara sekarang pun saya ambil dari belakang rumah saya. Masa tu kecik lagi dan sedang dibuli oleh kucing lain. So ambiklah bagi makan dan jaga. Ingatkan jantan, rupanya betina. Tu pun tau lepas ada kucing jantan nak mengawan. hehe.. Skrg dah ada 2 ekor anak yg comel2 dan nakal2.

Skill dia ialah jadi cicak hunter..dia tangkap cicak dan bunuh dengan duduk atas cicak tu sampai cicak lemas. Seterusnya tuannya lah yang kena buang bangkai cicak.

Tak leh nak bayangkanlah skill si Tobby tu. :p

Salah seekor anak kucing saya tu pun nampak je macam biasa-biasa. Tapi tikus ke apa semua, habis dibelasahnya. Diam2 berisi.. hehe.

Saya pun sama mcm Nurul, orang lain tak suka kucing2 saya tu sebab takut najisnya dan malas nak jaga, tapi saya tak kisah. Dah berpuluh ekor kucing saya pelihara sejak saya kecil lagi dan semuanya mati depan mata saya.

Apa salahnya kita jaga haiwan yang memerlukan jagaan manusia? Tak gitu? ;)

Nurul @ Luvleey says:
October 20th, 2008 at 5:31 pm
Memang pelik skill Tobby tu, nasib baik dia tak makan, cuma duduk dan lemaskan cicak dengan perut dia yang gemuk tu :)
samdaddycool says:
October 20th, 2008 at 5:52 pm

Tengah peluk kucing ke luvleey??

Nurul @ Luvleey says:
October 20th, 2008 at 5:54 pm
aik macamana tahu nih? ahli nujum ka?
samdaddycool says:
October 20th, 2008 at 5:55 pm

….rahsia… you’ve been watching.. (jgn pandang belakang..:P )

Nurul @ Luvleey says:
October 20th, 2008 at 6:02 pm
uik..seram2 :p
samdaddycool says:
October 20th, 2008 at 6:03 pm

:P …..nak seram baca blog nuamen sekarang, http://blog.nuaeman.com/pengalaman/jangan-shopping-di-kemayan-city-kalau-ke-jb-tau.html

pcformula says:
October 22nd, 2008 at 5:48 am

laa inagt pakwe ke.hehehe.saya tak berapa minat kucing,geli la. :)

leephian says:
October 31st, 2008 at 7:17 pm

Kucing tu binatang kesayangan Rasulullah. Kucing juga dikatakan pembawa rezeki kepada tuannya. Pernah suatu masa saya ada 18 ekor kucing. Sekarang dah tinggal 10 ekor aje. 1 paket besar friskie tahan 3 hari, parah juga dibuatnya. Tapi sabar ajelah…!
Saya pernah terjumpa seorang nyonya di Taman Desa, Jalan Kelang Lama, setiap malam dia datang dekat pejabat situ bagi kucing-kucing liar makan. Katanya sebulan dia habis RM2,000/-. Tapi sejak dia amal gitu, bisnes anak-anaknya semakin meningkat!

Mujahid86 says:
November 24th, 2008 at 3:58 am

Assalamualaykum..wah, comelnya kucing awk. Saya pun minat dengan kucing. Sayangkn kucing dimanja2kan sayangkan manusia apa ye? Renung2kan..hehehe :)

Leave a Reply

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti