Tips Mula Bisnes di Internet Untuk Newbie

Salam sejahtera pembaca syoksyok,
Semakin hari semakin banyak ebook dan panduan dihasilkan tidak kisahlah percuma atau berbayar yang sasarannya ialah kepada Newbie. Jadi Newbie sekarang tidak perlu mengeluh kesusahan untuk memulakan perniagaan malah buka sahaja mata terang-terang, hampir setiap sudut alam cyber ini anda akan mendapat petunjuk dan panduan perniagaan online ini.
Namun yang demikian, sebahagian besar yang cuba membina kerjaya di Internet adalah Newbie dan merekalah yang kebiasaannya mengalami kegagalan. Sebagai Newbie saya pasti pelbagai cara yang anda sanggup lakukan bagi mencapai impian anda. Antara karakter seorang newbie ialah:
1. Anda berimpian tinggi, ingin menjadi kaya dengan menjalankan perniagaan sepenuh masa, dan lebih kepada ‘autopilot’. Ini menjadikan anda untuk memiliki kebebasan hidup yang anda mahu tanpa perlu risau mengenai kewangan.
2. Anda adalah ahli kepada kebanyakan ‘mailing-list’. Anda mendapat banyak email setiap hari oleh usahawan internet yang mahu anda meluangkan masa membaca email tersebut.
3. Anda menghabiskan masa melayari Internet setiap hari dengan harapan dapat menjalankan perniagaan internet berjaya. Mungkin anda akan dapat mempelajari perkara baru setiap hari dengan menonton video, mendengar audio atau membaca ebook yang hampir kesemuanya meliputi cara panas dan hangat membuat duit di Internet.
4. Anda laburkan lebih banyak wang untuk produk informasi dan software. Akhirnya anda akan memiliki pelbagai produk PLR, MRR dan RR dari ebook hinggalah skrip yang menjanjikan akan membawa kejayaan kepada anda. Saya pasti semuanya terkumpul di ‘hard drive’ anda.
Kesan dari semua ini mengakibatkan terjadinya ‘information overload’. Anda jarang mengambil tindakan dengan apa yang anda sudah tahu atau apa yang anda mahir. Anda mungkin berkata “saya sudah ambil tindakan!” Jadi jika demikian anda berada di landasan yang betul, tapi mengapa anda masih belum berjaya?
Penyebab utama anda tidak berjaya ialah kerana anda tidak betul-betul set minda anda. Anda perlu fokus minda anda kepada sesuatu projek satu persatu. Buat pilihan terhadap sesuatu yang anda mahir dan mulalah membuat kajian mengenainya.
Tiada perkara yang memberikan anda kejayaan dalam satu malam di dunia Internet. anda harus tahu bahawa kejayaan datang melalui kerja keras yang berterusan. Anda perlu mengusai beberapa kemahiran, dan kemahiran ini boleh diperoleh daripada pembacaan laporan, blog dan website dari orang-orang yang berpengalaman.
Bagi memudahkan kerja anda sebagai Newbie, kawan seperjuangan saya Catzer telah mengeluarkan Manual Newbie yang merupakan senarai beberapa kemahiran yang perlu anda kuasai bagi memulakan perniagaan internet.
Antara kemahiran yang disentuh ialah kemahiran html, mencipta grafik, membina web jualan dan blog, penggunaan paypal, mengawal link affiliate dan banyak lagi kemahiran yang saya rasakan amat complete bagi permulaan rujukan newbie. Dan apa yang menarik ialah ianya percuma untuk dimuat turun.
Link download: http://manualnewbie.com
Selain itu, dua produk hangat yang saya syorkan bagi membantu anda sebagai newbie:
Rahsia Newbie
Ebook yang masih hangat diperkata-katakan iaitu Rahsia Newbie merupakan ebook yang sangat sesuai bagi anda yang baru ingin memulakan perniagaan internet. Dua ebook ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang uasahawan yang pernah digelar sebagai newbie, berjaya meraih pendapatan beribu-ribu hanya menggunakan beberapa teknik yang penting dan kena pada caranya. Daripada ebook ini saya pasti sedikit sebanyak newbie akan mendapat input tentang cara yang sesuai bagi memulakan perniagaan internet dan anda sendiri akan berpendapat bahawa semua orang mampu melakukannya. Klik sini untuk ke Rahsia Newbie
Pakej DVD Video Usahawan
Tiada panduan yang lebih sempurna melainkan ia dikeluarkan oleh 3 otai dari Team JomSeminar yang telah lama berkecimpung dan berjaya dalam dunia Internet ini. Mereka ialah Syed Ikhwan,Fuad Latip dan Yusry. Dengan pakej yang berbentuk DVD, memudahkan anda menontonnya di Komputer atau di TV anda dan jelas untuk didengar atau ditonton pada bila-bila masa. Walaupun mereka lebih berpengalaman tapi video ini dikeluarkan agar semua golongan termasuk newbie mendapat manfaat darinya. Kesan daripada penyampaian mereka dan juga bonus-bonus yang diberi, saya pasti akan membuat anda sendiri tidak sabar memulakan perniagaan internet. Klik sini untuk ke Pakej DVD Video Usahawan
Dan akhir sekali anda boleh sertai ’social networking’ dimana anda boleh bergaul dengan kebanyakkan usahawan internet yang lain dan sekali gus menaikkan nama anda di mata mereka.
-Twitter
-Internet Entrepreneur Malaysia
Terdapat lebih banyak lagi panduan yang anda boleh perolehi secara online. Lawati blog, baca artikel dan jangan segan silu bertanya di forum-forum.
Kejayaan online datang apabila kita melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul. Maka dengan itu, anda pasti tidak akan gagal. InsyaAllah…
Salam kejayaan!
P/S: Saya sekarang sedang sibuk menyiapkan sebuah produk baru yang bakal dilancarkan di hujung bulan ini. Produk ini sudah lama siap, berbulan-bulan lamanya kerana produk ini memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilnya. Cuma yang tinggal ialah surat jualan dan beberapa perkara yang harus diteliti sebelum pelancaran. Proses mengupgred Grafik Jualan juga sedang dijalankan secara berperingkat.










Leave a Reply