Masalah Akses ke Gmail

Saya pernah terbaca di pos saudara Amirol mengenai masalah kesukaran untuk mengakses ke internet termasuklah maslah akses ke gmail beliau. Saya juga menghadapi maslah yang sama cuma saya hanya ada problem dengan Gmail sahaja. Tak tahu kenapa sudah sebulan lebih Gmail slow melow..setiap masa terpaksa masuk Gmail dengan basic HTML View. Tu ok lagi, yang teruknya setiap kali saya masuk Gmail dengan basic HTML View, bila saya reply email orang, email saya biasanya tidak akan sampai ke email mereka. Dan yang paling sakit hati, bila dah mengarang panjang-panjang…tekan butang send..gmail akan bawa saya ke page kosong yang cantik putih berseri dan menyakitkan hati. Email pula tidak dihantar dan orang akan ingat saya tak balas email pula
Jadi semua ini mengganggu urusan saya. Nak tak nak…saya terpaksa buka gmail setengah jam sebelum saya mula membuat kerja setiap pagi, biarkan ia betul-betul loading ke standard view untuk lihat email mana yang perlu saya reply.
Untuk memudahkan kerja saya lagi, saya telah menggunakan Gmail Manager add-on untuk Firefox agar mudah saya melihat akaun Gmail yang berlainan. Jenuhlah kalau saya nak tunggu membuka setiap Gmail akaun setengah jam. Anda boleh lihat sceenshot dibawah, anda hanya perlu right click pada icon gmail di taskbar dan pilih akaun Gmail yang anda mahu untuk berpindah dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Itu sahaja, dan anda boleh terus masuk ke Gmail anda dan melihat jika ada email baru terus di taskbar anda.

Plugin ini memerlukan anda menggunakannya pada komputer peribadi sahaja. Jangan gunakannya jika anda menggunakan komputer Cybercafe ke kerana ia mempunyai option dimana membolehkan anda menyimpan password Gmail anda.
Plugin Page: www.longfocus.com/firefox/gmanager/
Jadi buat masa sekarang ini sahaja yang dapat membantu dengan masalah Gmail saya walaupunpun bukan 100%. Jika anda tidak menerima sebarang email dari saya, maklumkan semula kepada saya dan saya akan balas sampai anda terima. Jangan naik angin pula










Leave a Reply