December 30th, 2008

Kenangan Saya Tahun 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya berakhirlah tahun 2008, tahun yang banyak meninggalkan kesan sejarah kepada saya. Di tahun inilah pelbagai pahit manis yang menimpa saya, namun saya sangat bangga dengan kedudukan saya sekarang. Jika saya berputus asa, tidak mungkin saya sampai ke tahap ini.

Pada tahun 2008 juga saya mengambil keputusan untuk menyara diri sendiri tanpa pertolongan keluarga. Saya berasal dari keluarga yang sangat berada, bukan menunjuk tapi kenyataan. Ayah saya dulu adalah salah seorang manager syarikat komunikasi besar di tanah air, kini sudah bersara dan mengurus syarikat sendiri. Katakan bahagian pelosok dunia yang mana belum beliau pergi, saya pun tumpang sekaki ketika kecil dahulu :) Emak pula seorang suri rumah yang suka betul menghias rumah, sampai rumah kami sering masuk TV3 dan majalah ‘Idaman’. Abang dan kakak ipar saya pula ialah doktor dan seorang lagi abang saya sedang mengejar Phd. dalam bidang Software Engineering di Manchester.

Saya? Saya telah pilih jalan hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Saya cuba membuktikan bahawa saya mampu berdiri sendiri. Saya pindah rumah sendiri sehelai sepinggang. Bunyi macam lari dari rumah pula kan. Saya bukan lari, tapi berdikari dan keluarga saya pun pada mulanya mereka tidak bersetuju, tapi akhirnya mereka redha dengan keputusan saya bila melihat saya terlalu nekad.

Apa yang menyebabkan saya mengambil keputusan sedemikian sedangkan saya boleh hidup dengan lebih bahagia di bawah ketiak ibu dan ayah saya? saya sendiri tak tahu, mungkin saya jenis yang suka berusaha sendiri dan bila saya memperoleh hasil dari usaha saya sendiri, saya merasa satu perasaan yang sangat puas..! Walau apa pun yang anda andaikan selepas ini mengenai saya, saya peduli apa :D memang ini pilihan saya yang telah di set di kepala otak.

Berkat hasil usaha yang tidak pernah putus asa, Alhamdulillah saya bangga dengan pencapaian saya sekarang. Saya mampu kemana-mana dengan duit saya sendiri, makan minum sendiri, dan macam-macamlah dengan hasil pendapatan saya berniaga di online. Bila orang tanya saya, kerja apa? saya dengan bangganya menjawab Saya Graphics Designer and Internet Marketer. Orang akan terangguk-aguk sambil ternganga, entah faham ke tak. Biasanya orang akan bertanya lagi? Erm..mesti banyak duit yang dapat dengan kerja ni kan..erm berapalah gaji? Saya akan menjawab, tak menentu gajinya, kadang-kadang hari ini, RM100, esok RM500, lusa pula RM700..Kali ini orang tersebut ternganga sambil terbeliak. Tapi yang pasti soalan akhirnya ialah…saya nak belajar boleh? free la… kita kan kawan kan kan…? (nota: pendapatan ini bukan hanya dari hasil grafik sahaja)

Walau apa pun, untuk berjaya, tiada yang percuma. Saya telah mengadaikan masa dan wang untuk mencapai kejayaan. Dan apabila kita semakin berjaya, kita akan semakin sibuk dengan hidup ini. Lihat sahaja Dr. Irfan Khairi, walaupun bergelar jutawan, tapi masih bekerja dengan lebih tekun.

Dan apabila kita berjaya, akan datang cabaran yang kita sendiri tidak pernah sangka. Kutukan dan kritikan pasti ada kerana jika sesuatu perkara itu melibatkan wang, orang pasti mahukan kepuasan dari apa yang telah mereka laburkan. Jadi, segala kritikan saya lihat dari sudut positif kerana berfikiran positif sahaja yang mampu membuat kita berdiri. Bak kata orang, kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan kita mampu mengubah diri sendiri.

Pada tahun 2008 saya berjaya melancarkan dua produk sendiri. Satu ialah GrafikJualan.com dan satu lagi ialah EcoverJualan.com. Walaupun GrafikJualan ialah produk pertama saya, namun saya lebih berbangga dengan kejayaan ecoverjualan.

GrafikJualan walaupun pelancarannya sangat memuaskan namun strategi yang sangat lemah menyebabkan produk ini banyak kelemahan. Saya lebih tergesa-gesa dalam penghasilan produk ini dari memikirkan kesannya kepada pembeli. Selepas pelancaran produk sulung saya ini, saya ditimpa pelbagai cubaan, dan salah satunya ialah apabila saya digesa untuk pulang ke Sabah dalam keadaan yang kelam kabut. Saya terpaksa menempuh hampir sebulan tanpa talian Internet. Memang susah jika tiada Internet, begitulah saya memahami jika ada newbie yang mengadu tidak dapat berniaga disebabkan rumah di kawasan pedalaman membataskan dunia nyata dengan dunia maya ini.

Namun pembeli GrafikJualan jangan risau kerana tahun 2009 bakal menyaksikan kelahiran semula GrafikJualan. Saya pun sedang berusaha memperbaiki kelemahan yang ada semampu yang boleh. InsyaAllah..
Fokus saya tidak kemana-mana, bukan untuk duit semata-mata, hanya satu iaitu anda pandai design dan berkemahiran dan saya mendapat pahalanya.. Mudah-mudahan..Harap bagi doa dan sokongan ya.

Ada yang mahu berjumpa dengan saya untuk personal coaching, saya memohon maaf kerana saya belum bersedia. Skill design saya pun masih banyak perlu diperbaiki. Bagi saya untuk menjadi seorang designer berkemahiran, anda perlukan latihan yang banyak dalam tempoh masa yang lama. Semua orang mampu menghasilkan design, belajar dalam satu hari atau dua tiga bulan saja anda boleh menggelar diri anda ‘designer’. Namun bakat kemahiran itu yang perlu anda kuasai dan anda tidak akan temuinya dalam tempoh yang singkat. Tapi yang pasti untuk mencapai sesuatu kemahiran, biarlah disebabkan minat yang ada bukan wang semata-mata. Contoh designer yang berkemahiran dengan designer yang hanya inginkan keuntungan semata-mata ialah pada hasil design yang mereka hasilkan.

Anda boleh lihat bagaimana designer yang benar-benar menghayati dan menghormati hasil kerja mereka, sekecil-kecil elemen walaupun hanya satu titik sekali pun, mereka dapat menjadikannya seolah-olah hidup dan berkualiti. Dan sedikit tips untuk designer baru, carilah kemahiran tertentu yang membezakan anda dengan designer lain kerana jika anda ingin membina nama sebagai designer berpengalaman, keunikan gaya design tersendiri itu yang paling utama membuatkan orang akan lebih mengenali hasil design anda. Ia boleh dikatakan sebagai membina brand anda sendiri. Elakkan dari menciplak design orang lain kerana ia menggambarkan siapa anda. Jadilah diri anda sendiri. Itu yang paling penting. Hasilkanlah design yang jujur untuk mendapat berkat kesenangan yang diperolehi. Wang yang diperolehi akan menjadi darah daging anda. Jadi, janganlah bekerja hanya seperti ‘melepas batuk di tangga’, Sama-samalah kita renungkan dan perbaiki diri kita. Saya ada berkongsi lebih banyak tips untuk designer di dalam laporan temuramah eksklusif di sini.

Saya juga telah menambah dua personal blog pada tahun ini iaitu syoksyok.com dan luvleey.com. Syoksyok.com lebih kepada penulisan, tapi disebabkan saya sangatlah sibuk, saya telah membina Luvleey.com yang fokusnya kepada video blogging dan sedikit dedikasi untuk pelanggan produk saya yang saya sedar kebanyakannya ialah newbie yang sentiasa memerlukan panduan dalam dunia perniagaan internet ini.

Dengan izin tuhan, tahun 2009 akan membawa erti yang baru dalam hidup saya. Yang pasti bidang design bukan lagi menjadi satu-satunya bidang saya, perniagaan online saya telah bercambah ke pelbagai sudut yang lain. Semoga tahun 2009 ini saya akan dapat melihat lagi peluang yang ada di hadapan.

Saya mengajak anda bersama-sama BANGUN! mari membangun mengejar impian yang kita inginkan.

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1430 H dan jugak tahun baru 2009

Salam kejayaan,

-Luvleey

P/S: Baru dapat tawaran JV dengan IM luar untuk pasaran global :)

December 17th, 2008

Bina Web Kad Viral Percuma Anda Di Wordpress

Salam sejahtera,

Hanya pos pendek bagi mengumumkan pelancaran produk saudara Kodin iaitu Testi dan e-Card plugin untuk web Wordpress.

Jika anda masih ingat web kadviral.com iaitu web Smartzul yang memberikan kad-kad raya ucapan percuma, hanya copy kod dan paste pada blog, friendster, myspace dan sebagainya, jadi plugin testi dan e-Card ini membolehkan anda mempunyai web seperti ini menggunakan wordpress. Hanya upload dan install macam install plugin biasa, saudara Kodin ada menyediakan manual installation bergambar, memang senang nak ikut dan saya sendiri telah berjaya menginstallnya di blog ini. Contoh seperti di bawah:

SyokSyok.com

Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, MySpace, Blog dlln

Amacam canggih tak? Anda boleh menyediakan fungsi yang sama di blog atau website anda. Jadi pelawat web dan blog anda akan copy sahaja kod, atau menghantar e-card dari website anda.

Cara ini adalah salah satu cara bagi mempromosikan website anda dan meningkatkan trafik. Contoh web lain yang menggunakan fungsi kad viral ialah web ILuvIslam dan dengan adanya fungsi testi dan e-card yang disediakan ini, menyumbang kepada trafik yang banyak ke laman web tersebut.

Untuk lebih lanjut mengenaik produk ini, klik sini.

November 27th, 2008

Pelancaran EcoverJualan dan Pemenang Butang Merah

Salam sejahtera,

Ecover Jualan telah dilancarkan secara rasminya tepat pada pukul 8.00 am hari ini dan butang merah juga telah dipaparkan selama 3 saat. Selepas itu saya terus tutup kerana berderu-deru email masuk ke inbox saya. Memang laju gilerlah dorang ni!

Walau bagaimanapun, hanya 2 email terawal sahaja yang telah dipilih. Dan berikut ialah screenshot email dua pemenang tersebut, tengok jam berapa email tu masuk fuh! :

EcoverJualan

Tahniah kepada para pemenag iaitu:

Pemenang pertama: XploR
Pemenang Kedua: TheReds

Tiada yang lebih laju selaju anda :D

Semua email telah saya balas, jika tak dapat sila cek bahagian Spam atau Bulk.

Yang tak dapat nak tekan butang merah tu, jangan risau, harga promosi pelancaran selama seminggu ialah RM45, selepas itu akan dinaikkan ke RM50.

Jadi dapatkannya segera di sini: http://www.ecoverjualan.com

Nantikan pertandingan seterusnya!