Kad Raya dan Action Script Percuma!
Salam sejahtera semua,
Hari ini saya telah melancar Photoshop Kad Raya Action Script dan anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini. Saya akan berikan script ini secara percuma sehingga seminggu selepas raya.

Tujuan saya membina action script ini ialah kerana kadang-kadang saya bosan dengan kad digital yang sedia ada di internet, jadi bagi menambahkan kelainan, saya berfikir, apa kata saya cuba jadikannya seperti kad raya sebenar. Kalau sebelum ini kawan-kawan saya kata ” hai Luv..takkan hantar kad online je..nak juga kad betul”. Sekarang dorang kata, ” Wau! macam ni aku pun nak jugak’.
Saya telah merakam bagaimana saya membina eCover kad tersebut, dan jadikannya sebagai action script. Anda hanya load script tersebut ke photoshop, dan hanya klik ‘Play’, anda akan dapat grafik eCover kad ini hanya beberapa minit sahaja, semua kerja susah saya dah buatkan
. Saya juga saya sediakan Video Tutorial bagaimana nak load script ni ke photoshop. Jika ada sebarang kekurangan, saya nak minta maaplah ye, tujuan saya lebih kepada berkongsi script ini. Semoga korang suka script ini (tak suka lantak korang!) dan mendapat kebaikan darinya.
Jadi tunggu apa lagi..download sekarang!
Dan bagi anda yang selalu guna friendster dan myspace, bolehlah ke web smartzul KadViral.com untuk mendapatkan kad-kad raya cun melecun percuma










Leave a Reply