September 4th, 2008

SMS SCAM : Penipuan SMS Yang Anda Perlu Tahu

Saya sering mendapat sms yang mengatakan saya telah memenangi RM20,000 cabutan bertuahlah, menang sijil bsn lah, dan macam-macam lagi…kemudian sila dail no 01xxxxxxxx untuk mendapatkannya. Biasanya sms seperti ini saya akan terus delete. Ada la sekali yang saya balas, tapi time tu tengah marah-marah, jadi ayat yang dibalas tu berunsur mencarut…hoho

Tapi yang saya kesiannya masih ramai yang tertipu dengan penipuan sms seperti ini dan kebanyakkan yang tertipu ialah seperti orang-orang di kawasan pedalaman yang tidak terdedah dengan berita penipuan ini. Serius saya katakan, saya lihat sendiri gelagat apabila mereka menerima sms seperti ini, bukan main gembira lagi, riuh satu kampung. Tapi peniapuan sms ini semakin hari semakin hebat, seperti mereka membuat kajian dan mencuba pelbagai cara untuk memperbodohkan manusia hinggakan kita yang sudah tahu pun akan boleh tertipu juga. Lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan nama syarikat seperti Maxis, Celcom, Nokia dan sebagainya. Maka perlunya kita berhati-hati apabila menerima sebarang sms.

Cadangan saya jika anda menerima sms dari orang yang tidak dikenali atau was-was:

1. Simpan duit anda. Tak perlu membazir membalas sms tersebut.
2. Jangan hubungi mereka semula.
3. Jangan emel mereka jika anda disuruh emel semula.
4. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi anda
5. Jangan memberi maklumat kredit kad atau bank anda.
6. Jangan berjumpa dengan si pengirim sms. Anda boleh dirompak!

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penipuan sms ini, saya syorkan anda download ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu yang diedarkan oleh saudara Irwan Dahnil. Beliau dan saudara Salleh Esa sendiri mendedahkan mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS.  Terima kasih kepada mereka berdua kerana dengan adanya ebook ini, masyarakat akan lebih celik dan lebih ramai akan mengetahui mengenai modus operandi penipuan SMS ini.

SMS Scam penipuan sms

Edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat. Saya pun kalau ke kawasan pedalaman lagi, saya nak orang kampung baca ebook ini agar mereka lebih faham dan tidak tertipu lagi dengan penipuan SMS. Sama-sama kita mendapat manfaat dari ebook percuma ini.

Link untuk download ebook:
http://www.irwandahnil.com/2008/09/01/juadah-berbuka-puasa/

Fikirlah secara bijak dan hindari diri anda dari menjadi mangsa SMS scam.

Subscribe Pos:

Anda boleh mendapat pos-pos terkini dari Syoksyok.com secara percuma terus ke emel anda dengan lebih maklumat mengenai grafik, tip-tip, hiburan dan informasi.

Isikan email anda dibawah:

One Response to “SMS SCAM : Penipuan SMS Yang Anda Perlu Tahu”

irwan.dahnil says:
September 4th, 2008 at 10:18 pm

Luvlee,

Terima kasih kerana mewar2kan ebook ini. Smoga turun mendapat ganjaran kebaikan bulan puasa!

Terima kasih juga atas sumbangan ecover ebook ini. Lain kali boleh JV lagi :)

Leave a Reply

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti