July 27th, 2008

Shopping di Strawberrynet.com

minayak_wangi

Ahaa..wanginya..

Hoho..Minyak wangi jenama Britney Spears (Curious Eau De Parfume Spray - 100ml/3.3oz) yang telah ditempah dari Strawberrynet.com telah selamat sampai ke rumah saya. Sebenarnya bukan saya yang tempah, tapi ia merupakan pemberian seorang sahabat karib saya sempena harijadi saya bulan Ogos ini :D hehe lambat lagi tapi die tak sabar-sabar nak beri hadiah…katanya takut lambat sampai. Biasalah dia ni, suka menepati masa sampai nak beri hadiah pun nak kena tepat masa.

Memang berbaloi kata sahabat saya yang bershopping di Strawberrynet.com kerana kualiti dan harga dijamin berpatutan. Jika dilihat harga tempatan dengan harga di Strawberrynet.com agak murah berbanding tempatan..entahla kenapa tapi time kawan saya beli dia sudah survey dahulu dan kebetulan Strawberrynet.com sedang promosi sekarang ni. Setiap pelanggan baru akan menerima satu tester Eye Shadow Calvin Klein dimana akan dipos bersama barang yang ditempah. Apa yang bestnyer, bungkusan itu dibalut dengan teratur dan kemas diikat dengan reben…nampak istimewa la! Walau ini bukan hadiah pertama yang saya dapat untuk harijadi saya, tapi ini mungkin hadiah special bagi saya kerana diposkan dari jauh iaitu dari Hongkong kerana Strawberrynet.com bertapak di sana.

Dari segi penghantaran pula, Strawberrynet.com akan pos dalam 7 - 10 hari tetapi minyak wangi ini telah sampai kepada saya dalam masa 9 hari. Maknanya berbaloi membeli di Strawberrynet.com. Anda akan dapati pelbagai jenama terkenal di sini. Bukan setakat minyak wangi je, Skin Care dan Make up juga ada.

Anda boleh membayar menggunakan kredit/debit kad dan paypal. Dan satu lagi jika anda menjadi pelanggan tetap, Strawberrynet.com akan memberi diskaun yang lebih banyak sehingga 10%.

Andai kata anda jauh dari kedai-kedai menjual jenama minyak wangi terkenal dan anda mahu hadiahkan untuk seseorang yang special seperti isteri, girlfriend, boyfriend, bestfriend, collegue, adik-beradik dan sape-sapelah yang anda nak hadiahkan…apa kata sekali sekala kejutkan mereka dengan hadiah dari jauh…macam yang saya dapat..hehehe..terkejut juga..ingatkan apala benda la bungkusan dari luar negara ni…siap abang posmen tanya, biasa ke dapat barang dari luar negara? Strawberrynet.com ada juga memberi kad ucapan percuma untuk orang yang anda ingin hadiahkan.

Apa-apa pun jika anda rasa mahal, terpulanglah bentuk hadiah apa yang anda nak beri. Yang penting ia adalah ikhlas dari hati anda. Lagipun bukan selalu kita beri hadiah yang mahal kepada orang yang kita sayang.

Subscribe Pos:

Anda boleh mendapat pos-pos terkini dari Syoksyok.com secara percuma terus ke emel anda dengan lebih maklumat mengenai grafik, tip-tip, hiburan dan informasi.

Isikan email anda dibawah:

10 Responses to “Shopping di Strawberrynet.com”

Din Beramboi says:
July 27th, 2008 at 8:53 am

Hoho…dapat hadiah. syoknya-syoknya…:D

Nak hadiah drpd saya x? :D

Nurul @ Luvleey says:
July 27th, 2008 at 9:10 am
@Din Beramboi - Nak bagi ke? boleh saja..syoknyer..
mohdhafifi says:
July 27th, 2008 at 9:52 am

waa…dapat perfume tu..mesti mahal..

KNizam says:
July 27th, 2008 at 10:07 am

wow mesti mahal neh. hehe :)

TheReds says:
July 27th, 2008 at 3:30 pm

Hu hu..
kiut btol prezen tu..
berapa lama yer jangkamasa produk tu utk sampai..
kalau sampai on time hari besday org tu..memang cantek sgt ler..

Poey says:
July 27th, 2008 at 4:45 pm

Wah, bestnyer…nak jugak… :-)

Abdul Rashid Basar says:
July 29th, 2008 at 5:07 pm

Blog ini adalah blog IM yang kedua saya jumpai daripada kaum Hawa. Semoga anda dapat menandingi kaum Adam dalam bidang IM ni…….ARB Dagang

AmmarZahar says:
August 2nd, 2008 at 3:28 am

Wah..

Macam kawan ’special’ je yg bagi minyak wangi ni..:-p

johnbaem says:
August 5th, 2008 at 10:59 pm

Woah, seronoklah ek dapat hadiah dari jauh.. Eh nurul, is it only perfume?

Nurul @ Luvleey says:
August 6th, 2008 at 3:27 am
@johnbaem - No lah..ada jugak make up and skin care , even Dr. Murad products also got..

Leave a Reply

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti